Like

Tuesday, September 14, 2010

suatu ketika : (dibelakang saya)

Assalammualaikum.
Raya ke 5 yang sungguh indah.
kita ada puasa sunat selepas Ramadhan.



tak dapat saya bayangkan jika hasil rekaan label makanan saya dikeluarkan seperti yang saya siapkan






pelekat ini disiapkan kurang dari sehari menggunakan perisian 'paint' yang terdapat didalam komputer riba ayah saya.


oleh kerana saya selalu menyiapkan kerja pada saat akhir,itulah hasilnya.


apabila sampai di kedai pencetakkan,label ini tidak dapat di 'edit' kerana ia tidak menggunakan perisian 'adopt photoshop' ..segan juga masa tue,kerana sebenarnya saya tahu juga menggunakan perisian tersebut,tetapi tidak menggunakannya kerana mahu lekas siap.


jadi saya meminta pihak pencetakkan tersebut mereka semula 'design' baru berdasarkan label ciptaan saya itu.



setelah beberapa lama (seminggu kot,tak ingat) label saya disiapkan. saya sungguh berbesar hari.lebih cantik dari rekaan saya.


saya tidak pula cemburu apabila ada orang menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih baik dari saya,kerana saya tahu,saya boleh menikmatinya dengan hati terbuka.


itulah,saya rasa...saya seorang saja tidak mampu membuat perkara2 yang hebat pun. saya perlukan tulang belakang (bantuan orang lain).



tulang belakang saya ramai.Keluarga,kawan2 dan umat umat Islam yang sudi berkerja bersama saya.


terima kasih,


Alhamdulillah..kerana diberi semua ini.











.


perkara kedua,

saya berpendapat...perkongsian dua buah fikiran atau lebih menghasilkan hasil yang lebih baik daripada satu buah fikiran sahaja.


contoh : idea design saya diperbaiki oleh designer kedai pencetakkan tersebut!

kita tak perlu meletakkan syarat yang ketat2 untuk sesuatu idea.perkara yang utama meluahkan idea tersebut dan mencari orang yang berkepakaran untuk melakukannya.


kita boleh membuka hospital tanpa perlu menjadi doktor pun:)


doakan perniagaan dan ahli keluarga syarikat ini maju dan diberkati.
bertambah tambah kebaikannya.

saya rasa saya akan cuba membuat buku kecil untuk pekerja saya dan peringatan kepada saya juga,buku yang boleh membantu mereka membuat 'keputusan' bila saya tiada nanti.

saya masih belum menulis tentang emas.nantilah,semangat emas masih dipupuk.diperam.

sekian. Share

Saturday, September 11, 2010

contoh promosi















Share

Sunday, September 5, 2010

Waktu rehat untuk Usahawan:)

Share

Saturday, September 4, 2010

Product non-Muslim VS you know who

Assalammualaikum.


nampaknya ramadhan akan berlalu. bagaimana dengan amalan dan gaya hidup anda?
Turut terasuh dan terdidikkah?


harap2 segalanya berjalan lancar.


peniaga dan pembeli memang ghairah dibulan ini.

perlu diingatkan kepada golongan peniaga,berlaku jujurlah dan jangan lupa berzakat;)

harta bertimbun jangan dibiar menjadi beban disuatu masa yang pasti kelak.











para pembeli pula,jangan terlalu ghairah sehingga membazir,syaitan akan bertambah gembira jika begitu.



saya menggalakkan anda membaca label2 yang terdapat pada barangan yang hendak anda beli.terutamanya makanan


jangan TERKELIRU dengan perkataan DIBUAT dan DIBUNGKUS.


pihak2 non-muslim sekarang menggunakan peniaga2 muslim yang tamak.

mereka (non muslim) mengeluarkan produk2 yang belum tentunya bersih dan halal dari segi syarak.


produk2 itu,kemudiannya diberikan kepada peniaga2 muslim yang tiada etika,yang tiada lagi maruah serta kasih kepada saudaranya..lalu mereka menjualnya.


kebanyakan produk2 begini akan dilabel sebagai : dibungkus,diedarkan atau yang seumpamanya.MEREKA CUMALAH PENGEDAR TETAPI BUKAN PEMBUATNYA.


kita yang membeli pula,oleh kerana penjualnya muslim..lalu kita membelinya..berhati hatilah!


mengapa makanan kita,orang orang Islam yang begitu menjaga kebersihan samada dalam dan luar DIBERI makan oleh pembuat makanan yang tidak menjaga tatatertib Islami?


Adalah baik membelanja lagi lebih sedikit daripada kebiasaan bagi menyokong produk keluaran Muslim.Sememangnya makanan berkualiti,bersih,dan terjamin halal memerlukan kos yang agak tinggi.


sebagai contoh,kicap yang murah yang biasanya keluaran non-muslim dijemur dibawah matahari tanpa sebarang perlindungan.dihurung lalat,lipas malahan katak!

sudah tentu kicap murah ini tidak sama dengan kicap yang diletakkan dibawah cahaya matahari dengan perlindung dan pengawasan...semua ini memerlukan kos.


kalau anda tidak menyokong..siapa lagi?
anggaplah anda bersedekah..ya,bayar lebih sedikit itu..BERSEDEKAH.
anggap begitu,tentu hati anda lebih tenang dan suka.


Terima kasih kerana menyokong produk keluaran Muslim:)


Ibnu Ahmad.


P/S: itu bukan duit saya.
sengaja saya taruk bahasa inggeris. Share

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.