Like

Sunday, December 26, 2010

jom berkongsi


assalammualaikum.


al-kisah.


seorang lelaki duduk termenung diatas sebuah bukit. menatap langit.betapa indahnya bintang yang bersinar.

dia termenung.apakah esok langit akan cerah sentiasa.dia mahu melihat bintang bintang dilangit lagi.hatinya terhibur dengan keindahan alam.


bila dia dapat menyaksikan betapa indahnya alam dimalam hari,dia dapat merehatkan seketika kepalanya yang berserabut dengan pelbagai masalah.

hidupnya sering dilanda ujian.rasa berat baginya untuk meneruskan hari esok.


''cantikkan malam ini?''

seorang anak menyapanya.dia terkejut.tidak pula dia menyedari kehadiran remaja itu.


''tetapi malam ini lebih cantik jika orang yang melihatnya tersenyum''

sambung remaja itu lagi.


''biasalah,sudah tua2 ni banyak masalahnya''
dia membalas.

''kalau begitu,saya tak sudi jadi tua''


pintar remaja ini berbicara,dia berbisik sendiri.

''setiap orang akan tua atau mati muda'' dia tersenyum.

''haa...senyum inilah yang saya tunggu dari tadi,apa yang menghalang senyuman pak cik tadi?''


mereka semakin rancak berbicara.pak cik itu berbicara biasa biasa sahaja.bermula tentang kerja yang terlalu banyak hinggalah mengenai hal peribadinya.

remaja itu mendengar sehingga habis.setelah puas pak cik itu berbicara.remaja itu tersenyum.

''kenapa tersenyum? masalah pak cik ni melucukan kamu ke?''


''bukan,saya pernah kenal dengan seseorang macam pak cik.penuh dengan masalah''

''biasalah tu''

''tapi sekarang dia sudah mengatasi masalahnya dan saya tahu rahsianya''

''apa rahsianya?''

''kenapa pak cik nak tahu?''


''sebab pak cik pun bermasalah,pak cik tak puas hati dengan hidup pak cik.pak cik mahu mengubahnya''

''saya tak boleh ceritakan rahsia ini...''

sebelum remaja ini menghabiskan ayatnya,pak cik itu menyampuk:


''kenapa pula?''

''kecuali pak cik berjanji untuk menyampaikan cerita saya kepada orang lain pula.''

pantas remaja itu menyambung.


''kenapa perlu pak cik menceritakan pada orang lain pula?''

''ada dua sebab: satu untuk menolong pakcik dan dua menolong orang lain:

apabila orang lain dapat menyelesaikan masalah mereka,ia dapat membantu mereka melakukan sesuatu dengan lebih baik.manakala pak cik pula,dapat berkerja atau bersama mereka dengan lebih seronok. tak begitu?''

''baiklah,kalau begitu.apa rahsianya?''


''betul pak cik nak tahu?''

pak cik itu mengangguk.


rahsianya ialah..




ADALAH FITRAH MANUSIA UNTUK MEMPUNYAI MASALAH DIDALAM HIDUPNYA, BEGITU JUGA JIKA MEREKA MENDAPAT KESENANGAN.IA SEMUA ADALAH FITRAH. TERIMALAH HAKIKAT INI.



pak cik itu terdiam.memikirkan kata kata remaja itu.



-Tamat-


p/s:


menerima tempahan mini popia.boleh hantar secara pos.ada diskaun kos penghantaran.berdasarkan jumlah pesanan.

013 5006199
abdullah.

p/s lagi: cerita ini munkin ada sambungannya.kalau rajin.hehe. Share

Sunday, December 19, 2010

cuti cuti

assalammualaikum.


sempena cuti sekolah.
kami turut menikmatinya.





apa salahnya bercuti.fizikal dan mental perlu ada waktu untuk berehat.


seronok juga kalau ada orang nak menempah produk kami nie.

almaklumlah,duit yang kami dapat,boleh digunakan untuk pembangunan syarikat Ibnu Ahmad Enterprise.



sebagai pelanggan,anda memainkan peranan sebagai penyumbang besar kepada syarikat kami.

munkin di masa hadapan,kami dapat membalas budi baik tuan puan sekalian dengan menyediakan produk yang lebih berkualiti,peluang pekerjaan,dan perkara perkara lain yang boleh menyumbang semula kepada masyarakat.


dibuka untuk tempahan kenduri perkhawinan atau sebarang majlis.


013 5006 199

abdullah.

Bagan serai - Taiping - Ipoh Share

Friday, December 10, 2010

produk baru

assalammualaikum.

Bismillah.


kami bercadang untuk menambah produk keluaran syarikat IBNU AHMAD.

selain daripada itu berminat untuk menambah bilangan pekerja pada bahagian pengurusan, tetapi pekerja yang bakal menjadi ahli keluarga kami haruslah melepasi tapisan terlebih dahulu.kemudian bekerja pada bahagian teknikal sebelum diserap masuk pada bahagian pengurusan..

berminat?



hubungi 013 5006 199.

untuk mengetahui maklumat lanjut.



terima kasih kepada saudara salman kerana sudi berkongsi maklumat mengenai sajak
dibawah :


Share

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.