Like

Wednesday, August 25, 2010

suatu ketika : permulaan


pertama kali buat tiram,jadi papadom!





rupa tiram yang tak jadi





banyak gunanya..





pertama kali melawat kilang.datang ketika tuannya tiada.hanya menjenguk dari tingkap. Share

Sunday, August 22, 2010

cadangan menggunakan dinar dan dirham.

Assalammualaikum.
apa khabar?
semoga berada di dalam lindunganNya.


ada beberapa perkara yang bermain di dalam kepala saya.
kenapa?bagaimana?adakah?

saya percaya jika ada orang melakukan atau ada idea yang lebih baik,makanya tiada salah berkongsi dan bertukar pandangan dengan saya.


saya bercadang untuk menerima wang dinar dan dirham sebagai 'sistem barter' dengan produk2 yang saya jual.


andai kata anda mahu 'membayar' produk saya dengan dinar dirham yang di iktiraf...dengan terbuka saya menerimanya.

Masalah :

1)bagaimanakah menentukan nilai dinar dirham yang dibayar ketika menerimanya?
- saya akan merujuk kepada harga emas sedunia.

tetapi saya akan mengiktiraf harga emas tersebut dengan potongan sebanyak 3%


kenapa?

-sekiranya saya memerlukan duit tunai,sudah tentu saya akan menjual emas tersebut kepada dealer2 yang ada. biasanya potongannya kadangkala mencecah sehingga 6%.potongan mengikut dealer...tidak menentu.


- anda untung jika membayar menggunakan dinar dirham dengan syarikat kami, kerana kami hanya memotong 3%. sebaliknya jika anda menukarkan kepada dealer2 yang ada...berkemunkinan potongannya adalah melebihi 3%


contoh :

anda membeli produk kami yang bernilai Rm3000 dan anda membayar menggunakan 5 keping dinar (pada masa itu setiap dinar mengikut harga pasaran dunia ialah Rm600)

setelah potongan sebanyak 3% sekeping dinar= Rm 582

5 keping dinar =Rm2910

Rm3000 (nilai produk kami) - 5 keping dinar =baki yang perlu dibyar dengan tunai ialah Rm 90 sahaja.


begitulah adanya..


tetapi jika anda menjual dinar anda pada dealer atau pajak gadai (biasanya potongan boleh mencecah sehingga 30%)


adalah lebih baik anda membayar kami dengan dinar.
kita sama sama untung.

buat masa ini,syarikat kami menerima dan mengiktiraf dinar dari Public gold dan dinar Kelantan sahaja.


kami tahu ada dinar lain lagi tetapi buat masa ini.hanya itulah yang kami terima.

dan ini hanyalah cadangan saya yang masih boleh diperhalusi lagi.
masih diperingkat 'draff'.


keputusan muktamad akan diberi dalam tempoh terdekat. 2 hingga ke 3 bulan dari sekarang.


akan datang..munkin saya akan membincangkan cara untuk menggunakan dinar sebagai 'modal berkembang sendiri' bagi membantu mempertingkatkan taraf syarikat anda. Share

Thursday, August 19, 2010

Melaburlah sikit.

Assalammualaikum.
moga kita dijauhkan dari sifat sifat tercela.

sekiranya kita mempunyai sedikit 'lebihan' wang hasil daripada perniagaan..

berbelanjalah dengan penuh Hemah.

selalu bertanya pada diri sendiri:


'apa untungnya aku membeli barang ini?'

'patutkah aku membelinya?'

sebagai peniaga,walaupun berniaga pisang goreng.anda patut gunakan wang 'lebihan' anda kearah yang boleh mempertingkatkan prestasi dan jualan anda.


fokus kepada peningkatan prestasi jualan setelah mempertingkatkan daya kapasiti 'dalaman' anda.



jadi melaburlah sedikit!


fotostat risalah perniagaan anda dan sebarkan sebanyaknya!
anggaplah anda seperti memancing,bersabar dan jika ditakdirkan rezeki anda,munkin ikan yang besar;)


beli banner,bunting,signboard dan sebagainya.biar orang ramai tahu tentang perniagaan anda.
kadang2 orang ramai yang tidak tahu tentang perniagaan anda dan lokasi untuk mendapatkan produk anda.apa anda ingat hujan emas turun terus ke kaunter jualan anda?


pendek kata,kena ada magnet untuk menarik pelanggan.


PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!









iklan yang menarik boleh mempengaruhi pelanggan.





Dulu 'banner' saya macam ni jer..







Alhamdulillah,sudah boleh cantik;)











terima kasih kepada encik Farid kerana sudi mempromosikan produk saya di facebook.
ada ura2 tempahan dari Kuala lumpur;)









sekian.mohon maaf sekiranya anda terasa dengan saya;) Share

Selamat berpuasa

assalammualaikum:)


Saya mengucapkan selamat berpuasa:)

mohon maaf zahir dan batin:)

halalkan apa2 yang terambil samada sengaja atau tidak.

memberi maaf itu sifat para nabi:)

juga sifat Tuhan;)



berjumpa lagi.


doakan perniagaan saya maju dan diberkati;)

doakan perniagaan saya berada dilandasan yang betul;)


jom muslimin sekalian.kembali mengawal ekonomi,ilmu dan sebagainya;)


Mohon Tuhan meredhai kita;) Share

Sunday, August 1, 2010

promosi promosi promosi

assalammualaikum.
gatal pula tangan nie.




harap maaflah,gambar untuk promosi sangat kurang diletakkan. sengaja dibuat begitu dan kadangkala waktu tidak diluangkan untuk berbuat demikian.


mini popia hbuat sementara waktu ini dijual hanya disekitar perak Sahaja,pun begitu didalam kawasan jajahan yang kecil,belum diluaskan.






sedang cuba memperkasakan kakitangan yang bekerja bersama saya.mencari idea2 yang bernas (juga 'merapu') dan mencuba pelbagai kaedah untuk memajukan syarikat yang sedang menapak naik.


mencari idea untuk produk produk akan datang.


oleh itu saya memohon maaf sekiranya tidak dapat menerima tempahan dari luar perak..


sekiranya anda mempunyai diPloma dan mahu serta berminat bersusah payah bersama saya.sila hubungi saya.


no utuk sementara waktu : 013 3006 027.

Abdullah.



mini popia kami dijual pada harga yang sangat berpatutan. sederhana.
kami menjamin kualitinya.

harga untuk 100g hanyalah Rm 3.50 (tidak termasuk kos penghantaran)


sekiranya berminat untuk memborong,harga boleh dirunding.

terima kasih:) Share

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.