moga kita dijauhkan dari sifat sifat tercela.
sekiranya kita mempunyai sedikit 'lebihan' wang hasil daripada perniagaan..
berbelanjalah dengan penuh Hemah.
selalu bertanya pada diri sendiri:
'apa untungnya aku membeli barang ini?'
'patutkah aku membelinya?'
sebagai peniaga,walaupun berniaga pisang goreng.anda patut gunakan wang 'lebihan' anda kearah yang boleh mempertingkatkan prestasi dan jualan anda.
fokus kepada peningkatan prestasi jualan setelah mempertingkatkan daya kapasiti 'dalaman' anda.
jadi melaburlah sedikit!
fotostat risalah perniagaan anda dan sebarkan sebanyaknya!
anggaplah anda seperti memancing,bersabar dan jika ditakdirkan rezeki anda,munkin ikan yang besar;)
beli banner,bunting,signboard dan sebagainya.biar orang ramai tahu tentang perniagaan anda.
kadang2 orang ramai yang tidak tahu tentang perniagaan anda dan lokasi untuk mendapatkan produk anda.apa anda ingat hujan emas turun terus ke kaunter jualan anda?
pendek kata,kena ada magnet untuk menarik pelanggan.
PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

iklan yang menarik boleh mempengaruhi pelanggan.
Dulu 'banner' saya macam ni jer..

Alhamdulillah,sudah boleh cantik;)

terima kasih kepada encik Farid kerana sudi mempromosikan produk saya di facebook.
ada ura2 tempahan dari Kuala lumpur;)
sekian.mohon maaf sekiranya anda terasa dengan saya;) Share
No comments:
Post a Comment