Like

Sunday, August 22, 2010

cadangan menggunakan dinar dan dirham.

Assalammualaikum.
apa khabar?
semoga berada di dalam lindunganNya.


ada beberapa perkara yang bermain di dalam kepala saya.
kenapa?bagaimana?adakah?

saya percaya jika ada orang melakukan atau ada idea yang lebih baik,makanya tiada salah berkongsi dan bertukar pandangan dengan saya.


saya bercadang untuk menerima wang dinar dan dirham sebagai 'sistem barter' dengan produk2 yang saya jual.


andai kata anda mahu 'membayar' produk saya dengan dinar dirham yang di iktiraf...dengan terbuka saya menerimanya.

Masalah :

1)bagaimanakah menentukan nilai dinar dirham yang dibayar ketika menerimanya?
- saya akan merujuk kepada harga emas sedunia.

tetapi saya akan mengiktiraf harga emas tersebut dengan potongan sebanyak 3%


kenapa?

-sekiranya saya memerlukan duit tunai,sudah tentu saya akan menjual emas tersebut kepada dealer2 yang ada. biasanya potongannya kadangkala mencecah sehingga 6%.potongan mengikut dealer...tidak menentu.


- anda untung jika membayar menggunakan dinar dirham dengan syarikat kami, kerana kami hanya memotong 3%. sebaliknya jika anda menukarkan kepada dealer2 yang ada...berkemunkinan potongannya adalah melebihi 3%


contoh :

anda membeli produk kami yang bernilai Rm3000 dan anda membayar menggunakan 5 keping dinar (pada masa itu setiap dinar mengikut harga pasaran dunia ialah Rm600)

setelah potongan sebanyak 3% sekeping dinar= Rm 582

5 keping dinar =Rm2910

Rm3000 (nilai produk kami) - 5 keping dinar =baki yang perlu dibyar dengan tunai ialah Rm 90 sahaja.


begitulah adanya..


tetapi jika anda menjual dinar anda pada dealer atau pajak gadai (biasanya potongan boleh mencecah sehingga 30%)


adalah lebih baik anda membayar kami dengan dinar.
kita sama sama untung.

buat masa ini,syarikat kami menerima dan mengiktiraf dinar dari Public gold dan dinar Kelantan sahaja.


kami tahu ada dinar lain lagi tetapi buat masa ini.hanya itulah yang kami terima.

dan ini hanyalah cadangan saya yang masih boleh diperhalusi lagi.
masih diperingkat 'draff'.


keputusan muktamad akan diberi dalam tempoh terdekat. 2 hingga ke 3 bulan dari sekarang.


akan datang..munkin saya akan membincangkan cara untuk menggunakan dinar sebagai 'modal berkembang sendiri' bagi membantu mempertingkatkan taraf syarikat anda. Share

No comments:

Post a Comment

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.