Like

Saturday, August 29, 2009

masjid cina di kelantan

assalammualaikum
ni hao ma?
inilah penyatuan atas dasar agama










pendapat anda? Share

Tuesday, August 18, 2009

its just how i feel,nothing more.

assalammualaikum(peace be upon you)
bismillah(in the name of Allah..)

for a brief moment,i kinda feels that my 'talent'(ah,please consider that u know i am talented.hehe)
is goin to be less,did you know what i mean?

i mean i feel my english goin to be suck if i dont practically use it.my main concern is,i love it but i don't know where can i make love for it.oh,what i'm mumbling about? sound 'rediculost'. waaahhh... did u see that? i miss-spell words 'ridiculous'!

i love music,God bless hitz.fm. that was keeping my vocabulary maintain.its so hard when its comes to conversation. i becomes little bit slow.what a mess,for some reason i miss kuala lumpur so bad!

whatever,i just enjoy such a beautiful morning with radiohead, with the album - the bends. i think the album take after some kind of -bubble diseases. radiohead once called as a dispress band,suicidal band etc.such a bad impression.but to people who enjoy their works claim that they are serious band who truly put a feeling in their song. such as 'street spirit'.

thom yorke,the vocalist used to cry when they perform 'street spirit' because he know that the crowds doesnt get the meaning-they are being ignorance. you can't say they are crap but at least you can say that you dont understand.


oh no,i'm writing a review for my favorite band again.haha,that how i 'warm up' my writing and english.

see you later,until i feel my english is a damn bad.you goin to get another review.will u? Share

Monday, August 17, 2009

tetengah malam takleh tido

assalammualaikum.

perrrgghh..tetiba malam2 buta semalam aku takleh tido pulak.aiseh, rindu kat k.l
hehe.rindu dkt..

memang blur duduk sensorang kat dalam bilik.aku tengah gila2 struggle supaya waktu tido aku kembali normal macam insan yang lain.susah beb!

entah2 aku kena penyakit 'saya-tak-tido-waktu-malam'.
setempek la aku.nguah3.tibai mai subuh aku sedia tergolek takleh bangun.munkin kali ini aku kena penyakit 'susahnya-nak-bangun-solat'.


memang teruk la.benci aku(asal aku ckp cmnie je,terasa macam feminim!)hehe.

so aku pun bermain sajak sensorang. terciptalah satu sajak yang diberi nama 'berdialog denganNYA'

tips nak bcer sajak ni adalah dengan memahami tujuh ayat ibu quran.

ah,aper aku dok merepek lagi...



sememangnya ia adalah Engkau
terlalu banyak untuk dikira
dan sifat tiada sama denganku
kenyataan yang teguh
maka tunaikanlah hajatku ini
tiada aku mahu kesesatan
pada jalan yang engkau berikan.


arghhh...takleh tido gak! selalu lepas bersajak baru aku leh tido(ada gak orang macam ni ek?).
bergolek ke kiri ke kanan.tetap takleh tido! bencinya aku.

alih alih aku kena kejar makluk warna hijau.lintang pukang aku lari.ngeri betul perasaan aku.apesal tetiba kena kejar ni.

makhluk hijau tue mintak apa tah kat aku.aku jerit kuat2 kat makhluk hijau tue:

''takkkkkk!!!!"

zappp..aku terjaga,laaa..aku dah tertido,tak sedar pon.hampeh betul.tercungap cungap aku.mimpi haramjadah pe nie?marah betul aku.hilang seram kecut aku.terus aku ludah belah kiri aku.amek ko setan!(ludah wat isyarat je,kang tak lalu lak aku nak tido atas katil dah.hehe)

pengajarannya; jgn la todo lepas magrib.hua3..tue pasal aku takleh tido bler malam. Share

Saturday, August 15, 2009

rantai kebencian dihatimu sahaja.

Assalammualaikum.
all good love is declaration of peace.

aku kehilangan kata kata apabila membaca 'posting' temanku. katanya yang aku masih ingat kata katanya..*jilat *bangsat dan sebagainya.

aku cuba untuk membalas kata katanya,tapi terfikir olehku. aku umpama menyimbah minyak pada api.
tiada yang rasional lagi baginya apabila dikawal oleh emosi. bukankah orang akan lebih bertambah marah apabila disuruh bersabar tatakala marahnya memuncak?

sebab itulah,jika diMesir.ketika mereka marah(orang Mesir), mereka akan disuruh berselawat.sudah tentulah mereka akan berselawat,kerana tidak mahu menjadi kedekut terhadap junjungan nabi. dan jika di Malaysia, orang Melayu dahulu akan berkata pada orang yang marah,bawa bawalah mengucap!



ia suatu teknik pemesongan (terhadap perasaan marah) yang berkesan.



aku tidak sependapat dengan temanku itu kerana penggunaan bahasanya merendahkan martabat dirinya. bukankah kita telah dimuliakan dengan ajaran Islam. mengapa mahu merendahkanya pula dengan berbahasa kasar?



seperkara yang lain,temanku itu mahu kebenaran tetapi terlalu pula dengan emosi yang meluap luap.apakah orang yang rasionalnnya mahu kebenaran akan dikawal oleh emosi? sudah tentu tidak. dia terlalu taksub dengan Melayu.


selalu saja dia menge-post artikel2 yang berbaur kebencian. kebencian harus ada kengkangan kerana ia hanya membawa kerosakan.



jika dia menganggap bahawa orang yang ditentangnya salah,beri saja bukti dan dalilnya.ia sudah cukup.tidak perlu segala bahasa yang hina itu.



munkin dia menganggap itu dakwah,benarkah dakwah begitu?
kecil benar kewarasannya.




jika kita mahu orang menyokong kita,pamerkanlah kecantikan luar dan dalam kita. bukan dengan memburukkan dirinya dengan menghodohkan orang lain.



orang yang berfikir,mencari kebenaran (baca agama) tidak tertakluk pada suatu sumber sahaja.sehinggalah orang itu menemui yang diyakininya barulah dia akan berpaksikan satu sumber sahaja.



lain pula halnya dengan politik.ia berubah ubah.tiada parti yang akan terus kekal betul dan bersih kerana itulah sifat manusia: tergoda dengan segala macam hasutan.
jika hari ini parti kiri yang betul,disitulah saya berdiri.dan jika parti kiri mula rosak.tiada sebab untuk saya terus mendukungnya lagi.saya pergi serta menguatkan parti yang berpaksikan kebenaran walaupun ianya hanya parti sebesar telur ayam.


sekian.semoga dia membaca teguran saya.



rantai kebencianmu dihati sahaja.

kemudian bunuhlah ia dengan kemaafan.



Share

Tuesday, August 11, 2009

idrisiah

when the night kick my senses
lift the old day alive
the music killing the determination
of let go


punch the all the picture
tears all the remains
forgive but not forget
something that i can


then i went to the field
all the time staring still
so the night comes again
everything just a good as it is. Share

Monday, August 10, 2009

jika muda banyak bertangguh kelak tua selalu termenung











janganlah kita bertangguh perkara baik semasa kita masih kuat. Share

Saturday, August 8, 2009

self quotes

sometimes i smile myself,i think about you.fnah Share

Thursday, August 6, 2009

sajak api zionis

Palestin
Tanah berdebu di Asia Tengah
Ditakdirkan menjadi sobekan-sobekan walang
Dipanggang perih bara bernama perang
Tanah keringmu garing dalam marak nyala silih berganti
Ratusan ribu nyawa melayang, jutaan pula jiwa meronta
Padang kontang langit kelabu tersangkut di bahu gunung-gunungmu
Menjadi saksi kesakitan abadi dekad ke dekad sengsara berselirat.

Palestin
Cerita nestapamu bilakah akan terhenti
Ketika anak-anak kecilmu ditewaskan, ibu-ibu tua dirundung rawan
Perebutan ini jahat, api kekejaman di mana-mana melarat
Rintih duka, rawan hiba menjadi kolaj comot tergantung di birai sejarah
Sejarah mengalir dalam merah darah cair
Para pahlawanmu pergi tak pulang di bawah runtuhan gelimpangan
Lelaki tua raungnya hilang suara, zionis menjalarkan cakarnya mengoyak pusaka.

Palestin
Aduh Palestin yang mengaduh
Perlindungan itu bukan untukmu, pembelaan itu tertangguh lagi di lidah kelu
Bangsa-bangsa Bersatu itu bisu, Bangsa-bangsa Bersatu telah batu
Satu suara tak pun kedengaran betapalah sirna ia di puncak menara
Seratus suara dikelamkan muslihat digulung dilipat di sidang khianat
Dari silang bumbung perjuangan tak terpeduli rempuhlah Palestin
Biar luka berderai biar tubuh berkecai, telah kematian simpati, telah lesu di sana kemanusiaan yang terperi.

Aku tahu letihmu amat mengerah kudrat menyongsong angin berat
Aku mahu nyanyikan lagu untuk saujana tanah abadimu yang kaurindu
Pada malam-malam bening di bawah langit pekat yang tiba-tiba berapi dari neraka
Aku mula mendengar tempik pahlawanmu tak terkalahkan
Mereka menyerbu, merempuh soldadu dalam ronta kepayahan
Para mujahidmu oh kaulepaskan saat sekelilingmu mengecilkan diri
Palestin kami bersamamu kami dahan untuk pautmu
Sedang sempadan rakus mereka koyak kami di sini bersama mengirimkan esak.

Palestin, Palestin, Palestin
Kami di sisimu izinkan meriba nestapa purba
Ingin benar kami membalut semua luka sukma
Api Zionis itu sambarnya sinis
Cengkam bumi kalbu dan batinmu terhiris
Palestin, Palestin, Palestin
Teguhkan azam kentalmu, bentengkan juga sempadan terakhirmu
Kutahu keimanan ketaqwaan tak pernah goyah tak akan terpatah,dan, Palestin katakan:
“KAN KUPADAMKAN SELAHAPNYA
API KEANGKUHANMU ITU !!!”


Ciptaan
PROFESOR MADYA DR. LIM SWEE TIN
2009.

Disampaikan sendiri oleh beliau di Majlis "MUJAHID PALESTIN" anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Seksyen 16 pada 1 Februari 2009.



p/s: kalau dengar dekat radio ikim.fm

memang terasa meremang dan sayu.

penuh penghayatan.kalau sempat rakamlah.dan sebarkannya.

Share

Wednesday, August 5, 2009

ll





















Share

it yes and it is still is

one of my desire at my birthday are : professional Nikon or else brand. Share

Monday, August 3, 2009

a sticker (hazazi + abdullah + books)






















Share

Sunday, August 2, 2009

self quotes

'they tell me to watch my back,i think that is why i hurt my back, i forgot.' Share

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.