Like

Saturday, August 15, 2009

rantai kebencian dihatimu sahaja.

Assalammualaikum.
all good love is declaration of peace.

aku kehilangan kata kata apabila membaca 'posting' temanku. katanya yang aku masih ingat kata katanya..*jilat *bangsat dan sebagainya.

aku cuba untuk membalas kata katanya,tapi terfikir olehku. aku umpama menyimbah minyak pada api.
tiada yang rasional lagi baginya apabila dikawal oleh emosi. bukankah orang akan lebih bertambah marah apabila disuruh bersabar tatakala marahnya memuncak?

sebab itulah,jika diMesir.ketika mereka marah(orang Mesir), mereka akan disuruh berselawat.sudah tentulah mereka akan berselawat,kerana tidak mahu menjadi kedekut terhadap junjungan nabi. dan jika di Malaysia, orang Melayu dahulu akan berkata pada orang yang marah,bawa bawalah mengucap!



ia suatu teknik pemesongan (terhadap perasaan marah) yang berkesan.



aku tidak sependapat dengan temanku itu kerana penggunaan bahasanya merendahkan martabat dirinya. bukankah kita telah dimuliakan dengan ajaran Islam. mengapa mahu merendahkanya pula dengan berbahasa kasar?



seperkara yang lain,temanku itu mahu kebenaran tetapi terlalu pula dengan emosi yang meluap luap.apakah orang yang rasionalnnya mahu kebenaran akan dikawal oleh emosi? sudah tentu tidak. dia terlalu taksub dengan Melayu.


selalu saja dia menge-post artikel2 yang berbaur kebencian. kebencian harus ada kengkangan kerana ia hanya membawa kerosakan.



jika dia menganggap bahawa orang yang ditentangnya salah,beri saja bukti dan dalilnya.ia sudah cukup.tidak perlu segala bahasa yang hina itu.



munkin dia menganggap itu dakwah,benarkah dakwah begitu?
kecil benar kewarasannya.




jika kita mahu orang menyokong kita,pamerkanlah kecantikan luar dan dalam kita. bukan dengan memburukkan dirinya dengan menghodohkan orang lain.



orang yang berfikir,mencari kebenaran (baca agama) tidak tertakluk pada suatu sumber sahaja.sehinggalah orang itu menemui yang diyakininya barulah dia akan berpaksikan satu sumber sahaja.



lain pula halnya dengan politik.ia berubah ubah.tiada parti yang akan terus kekal betul dan bersih kerana itulah sifat manusia: tergoda dengan segala macam hasutan.
jika hari ini parti kiri yang betul,disitulah saya berdiri.dan jika parti kiri mula rosak.tiada sebab untuk saya terus mendukungnya lagi.saya pergi serta menguatkan parti yang berpaksikan kebenaran walaupun ianya hanya parti sebesar telur ayam.


sekian.semoga dia membaca teguran saya.



rantai kebencianmu dihati sahaja.

kemudian bunuhlah ia dengan kemaafan.



Share

No comments:

Post a Comment

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.