Like

Wednesday, June 23, 2010

jawatan kosong untuk lelaki

assalammualaikum












hari ini pulang lewat dari kebiasaan.selalunya memang lewat tapi hari ini lebih lewat.letih sekali.
kerja bertambah demi mengejar sasaran jangka pendek.

mahu letak produk diseratus kedai dalam tempoh 6 bulan.masalahnya produk tidak dapat disiapkan dengan banyak mengikut anggaran keperluan.

sekalipun produk dapat disiapkan,operasi dikilang akan tergendala buat sementara waktu kerana saya dan dia akan menghantar barang.apabila kami menghantar barang,tiada siapa pula yang akan menguruskan kilang.

maklumlah,jarak tempat kerja saya lebih kurang 35 kilometer.agak leceh untuk berulang alik.kos minyak van,masa dan tenaga perlu diuruskan dengan bijak.

manakala pekerja yang tinggal berhampiran hanyalah dua orang.kedua duanya perempuan. jika dilihat dari reaksi mereka..masing masing tidak tahu (atau kurang arif) menggunakan mesin dan ada yang takut serta ragu ragu.

produk tidak dapat dikeluarkan oleh yang demikian..


apabila produk tidak dapat dikeluarkan,kitaran untuk menghantar ke seratus kedai akan terganggu.munkin ada kedai yang lambat menerima produk seperti yang dijadualkan.


nanti mereka tidak berpuas hati pula.ini tidak boleh terjadi kerana kami perlu menjaga imej dan hubungan syarikat kami. imej adalah aset syarikat.


imej syarikat adalah hasil dari tindakbalas dari pihak luar serta dalaman.

kami bukan sahaja mahu memberi keselesaan bekerja dari segi rohani dan fizikal,kami juga mahu pelanggan - pelanggan kami berpuas hati dan sentiasa setia dengan kami.


saya mahu mengambil pekerja lelaki yang amanah (dan mahu belajar dari masa ke semasa) yang dapat menjaga kilang semasa saya tiada tetapi saya tidak berupaya untuk menawarkan gaji yang lumayan serta berpatutan.

kilang saya belumpun berusia sebulan.sebab itu saya menganggarkan seratus kedai untuk jangka pendek ini.sekiranya sasaran saya tercapai.maka saya akan ada lebih banyak pendapatan.


bila saya ada lebih pendapatan,saya boleh menawarkan gaji yang lebih baik.saya boleh melabur untuk meningkatkan prestasi dikilang saya.


produk boleh bertambah,gaji boleh meningkat.
produk saya akan dapat diedarkan lebih banyak dan akan semakin dikenali.manakala moral pekerja saya juga akan lebih stabil.


apabila syarikat saya semakin kukuh dan bertenaga,maka impian saya dan juga bakal impian setiap pekerja saya akan menjadi munkin.ia kemunkinan yang positif.

produk yang lebih bagus serta berkualiti dengan tawaran harga yang berbaloi.tempat kerja yang dinaik tarafkan.sistem lebih tersusun. dan macam macam lagi.



setiap hari saya melihat potensi yang gagah dan besar yang bakal kami miliki.maka letih saya hari ini,agak terubat.
saya tahu sekarang saya agak kelam kabut dan susah,tapi itu bukanlah diri saya buat selamanya.saya pasti berubah.saya mahu berubah menjadi lebih perrkasa demi masa depan kami semua. Share

Monday, June 21, 2010

membina selamanya bab 2

assalammualaikum.
ceria ceria selalu.
semua perkara boleh jadi ibadah kecuali yang diharamkan.


dalam bab kedua buku ini.

penulis telah memberi gambaran bahawa ciptaan terhebat (yang dapat bertahan) didalam sesuatu perniagaan bukanlah produk atau atau perkhidmatan.


sebaliknya ciptaan terhebat adalah syarikat itu sendiri.
dengan memberi contoh seperti walt disney, ciptaan terhebanya bukanlah mickey mouse atau snow white tetapi ia adalah walt disney sendiri.


apakah rahsianya?


penulis mengatakan terdapat dua jenis pemimpin didalam sesebuah syarikat iatu:

1) pemimpin yang memberitahu masa (pyms)
2)pemimpin yang membina jam.(pymj)

PYMS ialah golongan yang mempunyai kecerdikan dan kecerdasan yang boleh memacu syarikat dengan jayanya tetapi sayangnya - mereka akan mati tanpa meninggalkan 'petua' yang boleh dijadikan panduan..golongan sepeerti ini biasa lebih fokus untuk mencipta produk atau perkhidmatan didalam sesuatu pasaran.


manakala PYMJ juga seperti golongan diatas tetapi mereka lebih fokus didalam membina syarikat tersebut.mereka mencri cara supaya pekerja lebih terdorong untuk bekerja dan cuba mewariskan 'petua' yang boleh dijadikan panduan sekiranya mereka mati agar syarikat dapat terus bertahan! beratus ratus tahun selepas kematian mereka.


pendek kata syarikat yang dapat bertahan lama dan berjaya mempunyai matlamat yang kukuh tetapi pada masa yang sama mempunyai keupayaan untuk berubah seiring dengan perubahan masa.


ambil contoh..jika sebuah syarikat hiburan mempunyai matlamat memberi kegembiraan kepada pelanggannya dengan menjual mainan kanak kanak pada tahun 90-an..tidak lagi menjual mainan kanank kanak pada tahun 2020 sebaliknya menjual dvd kartun kanak2..makanya..


produk syarikat berubah dari mainan kepada dvd tetapi matlamat tidak berubah iatu memberi kegembiraan..

begitulah...perkara yang ditekankan didalam bab ini ialah bagaimana mahu melahirkan pemimpin yang mewarisi matlamat sesebuah syarikat dari satu generasi ke generasi yang lain..


bagaimana? Share

Sunday, June 20, 2010

membina selamanya. mukadimah. dan bab 1

assalammualaikum.
apa khabar?


berusahalah,
masih belum terlambat.
kita terlambat bila kita berhenti berusaha.



saya membeli buku 'built to last' - karangan jim collins dan jery i porras.

saja nak buat bedah buku dalam bahasa Malaysia.


insyaAllah jika saya berkesempatan.saya akan terus membedah bab demi bab.


perkara yang menarik tentang buku ini ialah mengenai kajian yang dilakukan oleh mereka terhadap syarikat syarikat yang tertua (diantara) dan berjaya.

bagaimana syarikat yang diasaskan pada tahun 1812 seperti citicorp mampu bertahan dan sentiasa berada dihadapan?


wow syarikat itu sudah berusia ratusan tahun!


adakah kerana produknya?
adakah kerana pemilik syarikat tersebut?


apakah faktor yang membolehkan syarikat syarikat yang berjaya terus berjaya walaupun pemimpin ataupun c.e.o nya berubah - rubah?


didalam bab satu mereka melakukan bancian (survey) dan beberapa pembahagian ciri ciri yang boleh dijadikan kayu ukur,
kayu ukur yang membezakan syarikat syarikat ini dengan syarikat syarikat yang lain.


perkara yang menariknya...mereka membandingkan syarikat tertua ini dengan syarikat lain yang juga berjaya dan cemerlang.mereka mengibaratkan syarikat tertua sebagai pemegang pingat emas dan syarikat yang berjaya juga cemerlang sebagai pemegang pingat perak.

jadi..nantikanlah bedah buku bab seterusnya.

wasalam. Share

Wednesday, June 16, 2010

bayar untuk kualiti 2

assalammualaikum;)


perkara seterusnya..
sebenarnya produk saya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti lagi halal.
malahan walaupun produk saya kelihatan sama dari segi nama dan rupa iatu tiram, tetapi rasanya adalah lain.cuba bandingkan. anda akan tahu apa yang saya maksudkan.


kita ambil contoh,jika saya pergi ke kedai untuk membeli sabun...bayangkan jika hanya terdapat satu jenis sabun sahaja..harganya tak berpatutan dan bau sabun itu pula tidak saya sukai. sudah tentu saya akan ke kedai yang lain untuk mencari sabun lain.

sebenarnya tak rugipun jika produk saya diambil dan dipasarkan di dalam satu kedai yang mempunyai produk yang sama...kerana konsep perniagaan saya ialah letak barang dahulu,kemudian bayar.jika tak laku...sayalah yang menanggung rugi.bukan pemilik kedai itupun.


apapun saya menganggap ini adalah rintangan kecil kerana saya berpendapat produk yang tiada kualiti lama kelamaan akan 'mati' kerana tiada sambutan. produk saya akan 'hidup' kerana saya memberikan jaminan kualiti serta saya sayangkan pelanggan saya;)


berikanlah pendapat anda tentang produk saya sekiranya anda telah merasainya.saya sangat menghargainya.


terima kasih kerana sudi membaca. Share

bayar untuk kualiti

assalammualaikm.
senyum itu sedekah.


seringkali produk saya ditolak oleh pemilik2 kedai.kata mereka produk ini sudah ada.kadangkala mereka 'menegur' saya yang harga yang saya letakkan adalah mahal.

ingin saya nyatakan,inilah pesaingan...mengapa pemilik kedai bertindak seolah olah mereka adalah wakil pengguna?

jika hanya terdapat satu produk dipasaran ia adalah monopoli. monopoli tidak bagus.
orang yang memonopoli kadang kadang boleh menyusahkan pengguna.mereka boleh menaikan harga atau mengurangkan kualiti sesuka hati kerana tiada pesaing...


bersambung.. Share

Friday, June 11, 2010

jawatan kosong

assalammualaikum.
apa khabar?
terima kasih kerana sudi meluangkan masa.


syarat jawatan kosong.

1)orang Islam
2)amanah
3)sihat
4)tidak merokok
5)mahu bekerja
6) 18 tahun keatas.



peluang terbuka selagi mana anda memenuhi syarat diatas.



jawatan ada tiga.boleh pilih mana2 yang disukai.


1)jawatan tetap
2)kontrak (3 bulan)
3)part time (sabtu dan ahad)
4)part time (packaging only)


maklumat lanjut.call 013 3o06 o27


atau datang sendiri. di bagan serai perak.
masjid tinggi.berhampiran kilang beras batik.



kami akan mempunyai KWSP dan SOCSO dalam tempoh terdekat.


sila hebahkan kepada kenalan anda.


sekiranya anda mempunyai sijil,diploma mahupun ijazah dan mempunyai visi...sangat dialu alukan untuk menyertai pejuangan kami.



terlalu cerewet memilih kerja melambatkan 'pembesaran' potensi masa depan anda.
fikir2kan lah.


terima kasih. Share

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.