Like

Wednesday, June 23, 2010

jawatan kosong untuk lelaki

assalammualaikum












hari ini pulang lewat dari kebiasaan.selalunya memang lewat tapi hari ini lebih lewat.letih sekali.
kerja bertambah demi mengejar sasaran jangka pendek.

mahu letak produk diseratus kedai dalam tempoh 6 bulan.masalahnya produk tidak dapat disiapkan dengan banyak mengikut anggaran keperluan.

sekalipun produk dapat disiapkan,operasi dikilang akan tergendala buat sementara waktu kerana saya dan dia akan menghantar barang.apabila kami menghantar barang,tiada siapa pula yang akan menguruskan kilang.

maklumlah,jarak tempat kerja saya lebih kurang 35 kilometer.agak leceh untuk berulang alik.kos minyak van,masa dan tenaga perlu diuruskan dengan bijak.

manakala pekerja yang tinggal berhampiran hanyalah dua orang.kedua duanya perempuan. jika dilihat dari reaksi mereka..masing masing tidak tahu (atau kurang arif) menggunakan mesin dan ada yang takut serta ragu ragu.

produk tidak dapat dikeluarkan oleh yang demikian..


apabila produk tidak dapat dikeluarkan,kitaran untuk menghantar ke seratus kedai akan terganggu.munkin ada kedai yang lambat menerima produk seperti yang dijadualkan.


nanti mereka tidak berpuas hati pula.ini tidak boleh terjadi kerana kami perlu menjaga imej dan hubungan syarikat kami. imej adalah aset syarikat.


imej syarikat adalah hasil dari tindakbalas dari pihak luar serta dalaman.

kami bukan sahaja mahu memberi keselesaan bekerja dari segi rohani dan fizikal,kami juga mahu pelanggan - pelanggan kami berpuas hati dan sentiasa setia dengan kami.


saya mahu mengambil pekerja lelaki yang amanah (dan mahu belajar dari masa ke semasa) yang dapat menjaga kilang semasa saya tiada tetapi saya tidak berupaya untuk menawarkan gaji yang lumayan serta berpatutan.

kilang saya belumpun berusia sebulan.sebab itu saya menganggarkan seratus kedai untuk jangka pendek ini.sekiranya sasaran saya tercapai.maka saya akan ada lebih banyak pendapatan.


bila saya ada lebih pendapatan,saya boleh menawarkan gaji yang lebih baik.saya boleh melabur untuk meningkatkan prestasi dikilang saya.


produk boleh bertambah,gaji boleh meningkat.
produk saya akan dapat diedarkan lebih banyak dan akan semakin dikenali.manakala moral pekerja saya juga akan lebih stabil.


apabila syarikat saya semakin kukuh dan bertenaga,maka impian saya dan juga bakal impian setiap pekerja saya akan menjadi munkin.ia kemunkinan yang positif.

produk yang lebih bagus serta berkualiti dengan tawaran harga yang berbaloi.tempat kerja yang dinaik tarafkan.sistem lebih tersusun. dan macam macam lagi.



setiap hari saya melihat potensi yang gagah dan besar yang bakal kami miliki.maka letih saya hari ini,agak terubat.
saya tahu sekarang saya agak kelam kabut dan susah,tapi itu bukanlah diri saya buat selamanya.saya pasti berubah.saya mahu berubah menjadi lebih perrkasa demi masa depan kami semua. Share

No comments:

Post a Comment

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.