Like

Sunday, December 26, 2010

jom berkongsi


assalammualaikum.


al-kisah.


seorang lelaki duduk termenung diatas sebuah bukit. menatap langit.betapa indahnya bintang yang bersinar.

dia termenung.apakah esok langit akan cerah sentiasa.dia mahu melihat bintang bintang dilangit lagi.hatinya terhibur dengan keindahan alam.


bila dia dapat menyaksikan betapa indahnya alam dimalam hari,dia dapat merehatkan seketika kepalanya yang berserabut dengan pelbagai masalah.

hidupnya sering dilanda ujian.rasa berat baginya untuk meneruskan hari esok.


''cantikkan malam ini?''

seorang anak menyapanya.dia terkejut.tidak pula dia menyedari kehadiran remaja itu.


''tetapi malam ini lebih cantik jika orang yang melihatnya tersenyum''

sambung remaja itu lagi.


''biasalah,sudah tua2 ni banyak masalahnya''
dia membalas.

''kalau begitu,saya tak sudi jadi tua''


pintar remaja ini berbicara,dia berbisik sendiri.

''setiap orang akan tua atau mati muda'' dia tersenyum.

''haa...senyum inilah yang saya tunggu dari tadi,apa yang menghalang senyuman pak cik tadi?''


mereka semakin rancak berbicara.pak cik itu berbicara biasa biasa sahaja.bermula tentang kerja yang terlalu banyak hinggalah mengenai hal peribadinya.

remaja itu mendengar sehingga habis.setelah puas pak cik itu berbicara.remaja itu tersenyum.

''kenapa tersenyum? masalah pak cik ni melucukan kamu ke?''


''bukan,saya pernah kenal dengan seseorang macam pak cik.penuh dengan masalah''

''biasalah tu''

''tapi sekarang dia sudah mengatasi masalahnya dan saya tahu rahsianya''

''apa rahsianya?''

''kenapa pak cik nak tahu?''


''sebab pak cik pun bermasalah,pak cik tak puas hati dengan hidup pak cik.pak cik mahu mengubahnya''

''saya tak boleh ceritakan rahsia ini...''

sebelum remaja ini menghabiskan ayatnya,pak cik itu menyampuk:


''kenapa pula?''

''kecuali pak cik berjanji untuk menyampaikan cerita saya kepada orang lain pula.''

pantas remaja itu menyambung.


''kenapa perlu pak cik menceritakan pada orang lain pula?''

''ada dua sebab: satu untuk menolong pakcik dan dua menolong orang lain:

apabila orang lain dapat menyelesaikan masalah mereka,ia dapat membantu mereka melakukan sesuatu dengan lebih baik.manakala pak cik pula,dapat berkerja atau bersama mereka dengan lebih seronok. tak begitu?''

''baiklah,kalau begitu.apa rahsianya?''


''betul pak cik nak tahu?''

pak cik itu mengangguk.


rahsianya ialah..




ADALAH FITRAH MANUSIA UNTUK MEMPUNYAI MASALAH DIDALAM HIDUPNYA, BEGITU JUGA JIKA MEREKA MENDAPAT KESENANGAN.IA SEMUA ADALAH FITRAH. TERIMALAH HAKIKAT INI.



pak cik itu terdiam.memikirkan kata kata remaja itu.



-Tamat-


p/s:


menerima tempahan mini popia.boleh hantar secara pos.ada diskaun kos penghantaran.berdasarkan jumlah pesanan.

013 5006199
abdullah.

p/s lagi: cerita ini munkin ada sambungannya.kalau rajin.hehe. Share

No comments:

Post a Comment

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.