Like

Tuesday, September 14, 2010

suatu ketika : (dibelakang saya)

Assalammualaikum.
Raya ke 5 yang sungguh indah.
kita ada puasa sunat selepas Ramadhan.



tak dapat saya bayangkan jika hasil rekaan label makanan saya dikeluarkan seperti yang saya siapkan






pelekat ini disiapkan kurang dari sehari menggunakan perisian 'paint' yang terdapat didalam komputer riba ayah saya.


oleh kerana saya selalu menyiapkan kerja pada saat akhir,itulah hasilnya.


apabila sampai di kedai pencetakkan,label ini tidak dapat di 'edit' kerana ia tidak menggunakan perisian 'adopt photoshop' ..segan juga masa tue,kerana sebenarnya saya tahu juga menggunakan perisian tersebut,tetapi tidak menggunakannya kerana mahu lekas siap.


jadi saya meminta pihak pencetakkan tersebut mereka semula 'design' baru berdasarkan label ciptaan saya itu.



setelah beberapa lama (seminggu kot,tak ingat) label saya disiapkan. saya sungguh berbesar hari.lebih cantik dari rekaan saya.


saya tidak pula cemburu apabila ada orang menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih baik dari saya,kerana saya tahu,saya boleh menikmatinya dengan hati terbuka.


itulah,saya rasa...saya seorang saja tidak mampu membuat perkara2 yang hebat pun. saya perlukan tulang belakang (bantuan orang lain).



tulang belakang saya ramai.Keluarga,kawan2 dan umat umat Islam yang sudi berkerja bersama saya.


terima kasih,


Alhamdulillah..kerana diberi semua ini.











.


perkara kedua,

saya berpendapat...perkongsian dua buah fikiran atau lebih menghasilkan hasil yang lebih baik daripada satu buah fikiran sahaja.


contoh : idea design saya diperbaiki oleh designer kedai pencetakkan tersebut!

kita tak perlu meletakkan syarat yang ketat2 untuk sesuatu idea.perkara yang utama meluahkan idea tersebut dan mencari orang yang berkepakaran untuk melakukannya.


kita boleh membuka hospital tanpa perlu menjadi doktor pun:)


doakan perniagaan dan ahli keluarga syarikat ini maju dan diberkati.
bertambah tambah kebaikannya.

saya rasa saya akan cuba membuat buku kecil untuk pekerja saya dan peringatan kepada saya juga,buku yang boleh membantu mereka membuat 'keputusan' bila saya tiada nanti.

saya masih belum menulis tentang emas.nantilah,semangat emas masih dipupuk.diperam.

sekian. Share

No comments:

Post a Comment

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.