Like

Thursday, January 31, 2013

mumbo jumbo of hiatus



blog,
sudah berhabuk tidak disapu.

tiga perkara untuk di ingatkan :

Review plan masa depan
Re-commit apa yang tertinggal
Re- design semula supaya matlamat tercapai.

itulah yang tertulis di papan putih bilik ku.

REview
Re-commit
Re-design


blog oh blog :)



rupa rupanya. bait kata kata yang di tinggalkan menyimpan TENAGA.

ada getaran yang ditinggalkan oleh patah perkataan, dan hanya dirasai oleh orang yang mempunyai persamaan atau  yang pernah mengalami situasi yang 'sama' .


sudah jauh perjalanan ini walaupun kadangkala diri ini seperti  tersangkut dengan ketakutan terhadap hari esok.

sudah jauh..

baik dan buruk semalam, tinggal kenangan sahaja.
kita belajar untuk menghadapinya dengan  apa jua cara yang difikirkan sesuai.

tapi perbezaan kenangan dan kenyataan adalah berbeza.

apa yang kita makan semalam adalah kenangan.
tapi udara yang kita hirup semalam...kita tetap perlukannya hari ini .

tidak semua perkara boleh ditinggalkan dan menganggapnya sebagai kenangan sahaja.


kadangkala..apa yang kita tinggalkan adalah sebahagian daripada hidup kita.
seperti mengambil pisau dan menikamnya pada diri sendiri.



- ada suatu hari kita termenung lama,
menatap kehidupan lalu,
tersenyum..pada kenangan yang indah.

ada suatu hari kita termenung lagi,
menangis dan bertanya pada diri sendiri
'apakah aku berusaha dengan sehabis baik?'

apakah harga kebahagian?
adakah kita sanggup menerima jawapannya?
adakah kita sanggup membayarnya?


bila kita bertanya.
ada sebahagian diri kita berperang,
antara kepentingan dan keperluan,

saat itu, kuatkah kita berjuang dan memilih?



Share

No comments:

Post a Comment

promosi promosi promosi!

dibaca

berbasa basi

tentang saya

My photo
taiping, perak, Malaysia
saya suka membaca. saya suka menulis. saya suka buat apa yang saya suka. saya saya saya saya.